Sunday, March 16, 2014

Teknik Hapuskan Kerisaun Pelanggan untuk Membeli.
Kenapa guna teknik ini?

Teknik ini digunkan untuk membuat bakal pelanggan membeli sesuatu produk atau servis yang kita tawarkan tanpa risiko.

Maksudnya yang lebih mudah, membuat bakal pelanggan tidak ada rasa ragu-ragu untuk membeli.

Antara contoh teknik risk-reversal ialah:

Jaminan pulangan wang selama 30 hari. Kalau anda sudah menggukan produk kami dan ia tidak memberi sebarang manfaat kepada anda, jangan risau kami akan pulangkan 100% wang anda semua tanpa banyak soal.

Itu sudah biasa kita dengar.

Contoh lain:

Jaminan 2 kali ganda pulangan wang selama 30 hari.

Ia terpulang kepada kita untuk menggunakan teknik ini dengan pelbagai cara sekali pun.

Fokus kita sebagai peniaga adalah meningkatkan jualan.

Selalu buat split-test untuk melihat yang mana berkesan dan yang mana tidak berkesan.

Mungkin 90 hari berkesan.

Mungkin 365 hari lagi berkesan.

... Dan sebagainya.

Untuk peniaga jangan takut untuk buat begini, kerana kebiasannya hanya 5% sahaja pelanggan akan minta pulangkan wang mereka.

Berdasarkan pengalaman saya, tidak ada lagi yang sudi minta pulangkan wang mereka.

Dan pak cik John Carlton kata:

"Lagi lama kita berikan jaminan hari, lagi percaya pelanggan kepada kita."

PS: Andai jenama kita sudah popular, teknik ini mungkin sudah tidak diperlukan lagi kerana jenama kita sudah dikenali dan dipercayai ramai.